Monday 29 April 2013

ADAB BERHIAS DIRI

JOM AUDIT CARA PAKAI KITA... KITA KENA IKUT CARA PAKAI SIAPA? CARA PAKAI  YANG PENCIPTA KITA SUKA=) BOLEH KAN...=)


Indahnya .... pasti hati tenang apabila kita mengikut syariatNya.







Friday 26 April 2013


PELAJARAN 13 : LAMBAIAN KAABAH

UNIT 1 : KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH

BAHAGIAN A
(OBJEKTIF)

ANEKA PILIHAN

1.    Upah haji sah di sisi syarak apabila

               I.     tidak berihram di miqat bagi orang yang mengupah haji
            II.     mengambil upah bagi beberapa orang dalam satu musim haji
          III.     Orang yang mengambil upah haji sempurna syarat mengerjakan haji
         IV.     orang yang mengambil upah haji telah mengerjakan haji terlebih dahulu

A.       I dan II
B.        I dan III
C.        II dan IV
D.       III dan IV

2.    Berikut adalah faktor yang mengharuskan upah haji kecuali

A.       Sakit yang tiada harapan sembuh
B.        Sibuk dengan kerjaya
C.        Meninggal dunia
D.       Terlalu tua

3 .   Kesan ibadat haji terhadap individu ialah

A.       boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam
B.        dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam
C.        boleh meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
D.       dapat menjalankan urusan perniagaan

4.    Kesan ibadat haji terhadap masyarakat ialah dapat

A.       berkenalan sesama umat Islam
B.        menghapuskan dosa besar
C.        membentuk akhlak mulia
D.       menambah pendapatan

5.    Peranan utama haji dalam melahirkan insan berakhlak mulia ialah                 (SPM 2004)

A.     melatih sifat rajin berusaha
B.     melatih sifat hormat-menghormati
C.     mendidik amalan ziarah menziarahi
D.     menggalakkan manusia sanggup berkorban

6.    Antara yang berikut, bandingan haji dan umrah yang manakah benar?                  (SPM 2007)


Haji
Umrah
I
Dilakukan pada masa tertentu
Boleh dilakukan pada bila-bila masa
II
Ada wukuf
Tiada wukuf
III
Dam dikenakan bagi kesalahan haji sahaja
Tidak dikenakan dam
IV
Ada tawaf widak
Tiada tawaf widak

A.     I dan II                                                           C.     II dan III
B.     I dan IV                                              D.     III dan IV

           
Mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

7.    Pernyataan di atas ialah pengertian                                                                     (SPM 2008)

A.     haji
B.     tawaf
C.     umrah
D.     miqat              

8.    Berikut adalah bulan-bulan haji kecuali                                    (Pep Percubaan JPWP 2010)

A.     Zulkaedah
B.     Ramadhan
C.     Zulhijjah
D.     Syawal


ISI TEMPAT KOSONG


1.    ____________ ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya.                                                          (SPM 2006)

2.    ______________ bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.

3.    Hukum upah haji adalah ________________.
    

BAHAGIAN B

1.    Apakah pengertian haji ? [2 markah]

2.    Nyatakan pengertian umrah. [2 markah]

3.    Jelaskan dua hikmah diharuskan upah haji. [4 markah]

4.    Jelaskan dua hikmah mengerjakan haji terhadap masyarakat. [4 markah]

5.    Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi berikut :

               i.     Encik Rosli telah mengupah seseorang yang pernah menunaikan haji untuk mengerjakan haji bagi pihaknya kerana beliau lumpuh.   [2 markah ]                                   (SPM 2006)

             ii.     En Zulkifli telah mengupah seseorang yang tidak pernah menunaikan haji untuk mengerjakan haji bagi pihaknya kerana beliau sakit tenat.  [2 markah]                                (Pep Percubaan JPWP 2010)

Tuesday 19 March 2013

TAZKIRAH MAGHRIB


Makanan Rohani puteri-puteri SESERI....
Setiap hari antara waktu maghrib dan isya' pelajar mendengar tazkirah yang disampaikan oleh rakan mereka.